Tuesday, 4 December 2012

Tun Dr. Mahathir dan SHAKLEE


5 rahsia kekal sihat cara Tun Dr. Mahathir

 

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-topbergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?

 

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.
Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.


5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997).

0 comments:

Post a Comment